Friday, 30 September 2011

Penawar Resdung, Masalah Astma (Lelah), Paru-Paru Berair Dan Kahak Berlebihan

DEFINISI PENYAKIT

Penyakit resdung atau juga dikenali sebagai Sinusitis dalam istilah perubatan adalah sejenis alahan yang dialami oleh hampir semua individu. Yang membezakannya ialah tahap keseriusan alahan berkenaan. Resdung boleh berlaku tanpa mengira umur malah juga dialami oleh kanak-kanak. Fakta perubatan pula menunjukkan 80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap resdung.


PUNCA DAN RISIKO PENYAKIT

Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus .Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Ia terletak pada bahagian muka iaitu di antara dua mata, pipi di bawah mata, sedikit di bahagian hidung dan turut meliputi dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

Rongga-rongga ini menghasilkan lendir untuk memastikan hidung berada dalam kelembapan supaya dapat melakukan tugas penapisan dengan baik. Namun, jika saluran daripada sinus ini mengalami masalah seperti tersumbat disebabkan bengkakan di dalam lapisan hidung, lendir akan terkumpul dan rongga sinus ini menjadi tempat pembiakan  yang kondusif bagi bacteria. Bengkakan di dalam lapisan hidung biasanya disebabkan oleh alahan (rhinitis).

Selain itu, resdung juga boleh terjadi disebabkan oleh kegagalan rerambut halus silia menjalankan tugasnya. Rerambut halus silia tumbuh secara semulajadi di dalam sinus.Sinus yang sihat dilindungi oleh lapisan mucus, lembap, rerambut halus yang sentiasa bergerak yang dipanggil silia. Rerambut halus yang terdapat di dalam rongga hidung dan sinus sentiasa bergerak ke depan dan belakang seperti pendayung kecil untuk menggerakkan mucus untuk tujuan mmbersihkan bendasing di dalam hidung dn sinus. Pergerakan rerambut silia yang sentiasa konsisten inilah yang melindungi badan manusia dilindungi daripada pathogen (zarah asing seperti debu,habuk) yang terdapat di dalam udara yang di hirup di persekitaran.

Apabila saluran sinus tersumbat atau rerambut silia gagal bergerak, mucus akan terkumpul. Mukus yang mengandungi bacteria tidak dapat keluar akan membiak dan inilah keadaan yang dinamakan resdung.



JENIS-JENIS PENYAKIT

I) Resdung akut - berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga 4 minggu

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari. Ini kerana, pada asalnya  virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit. Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak.  Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

II) Resdung kronik
Simptom-simptom kekal tidak berubah selama 3 bulan atau lebih

Beza resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung?

Seseorang itu boleh dikatakan mendapat penyakit resdung jika suhu badan meningkat  (demam) dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi.

SIMPTOM PENYAKIT

Resdung menghasilkan pelbagai gejala berkaitan hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

Antaranya adalah:
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka, diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala
  • Sakit di sekitar atau belakang mata  


    BAHAYA JIKA TIDAK DIRAWAT

    Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit. Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Antara kesan lain penyakit resdung adalah:
    • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
    • Jangkitan otak (meningitis)
    • Sakit tekak yang kronik
    • Jangkitan tulang muka
    • Memburukkan keadaan lelah
    • Berdengkur yang kronik
    • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
    • Alahan hidung atau hidung sensitif
    • Selesema biasa yang melarat.
        
      Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

      Justeru, atas keprihatinan inilah, Dr. Rais Abdullah Dr Rais Abdullah telah muncul dengan satu formula makanan tambahan YUNAN yang dirumus khas untuk membantu merawat penyakit resdung ini.

        PENGENALAN SUPLEMEN YUNAN




        "YUNAN dirumus khas untuk mengatasi masalah resdung. Selain itu, ia juga berkesan untuk individu yang mempunyai masalah asma (lelah), dan paru-paru berair serta bertindak membuang kahak yang berlebihan."


        BAGAIMANA YUNAN DAPAT MEMBANTU

        YUNAN bertindak dengan cara mencairkan kahak dan lendir-lendir yang terkumpul di saluran sinus. Formula resapannya mampu memecahkan jaringan kahak dan lendir-lendir kepada partikel-partikel  kecil yang seterusnya dapat di rembes keluar melalui sinus.



        CARA PENYEDIAAN
        1 sudu besar ramuan YUNAN dilarutkan ke dalam secawan air panas, dan diminum 2 kali sehari, seelok-eloknya pagi dan malam, sebelum dan selepas makan.

          PANTANG LARANG
          YUNAN adalah suplemen makanan tambahan dan bukannya sebagai gantian kepada makanan yang diambil sehari-hari. Namun, YUNAN adalah amat efektif dan berkesan jika pesakit MENGELAKKAN hanya 15 jenis makanan di bawah:
          1. Durian
          2. Cili
          3. Makanan laut
          4. Ayam
          5. Pulut
          6. Semua Jenis Kekacang
          7. Air Teh
          8. Ais
          9. Makanan sejuk
          10. Kubis
          11. Ubi Kentang
          12. Nangka
          13. Petai
          14. Jering
          15. Semua makanan penyebab angin
          Pantang larang inilah adalah berbentuk sementara dan Dr. Rais akan menentukan bilakah semua makanan yang tersenarai di atas boleh diambil.